KAD PRIHATIN SISWA (KPS)
Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.
Objektif
Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.
Faedah
i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.
ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
iii. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UiTM perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.
Nota : Layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html bagi perincian faedah yang ditawarkan oleh pihak RHB melalui inisiatif akaun Simpanan-i Pro di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.
Fasa Pelaksanaan
Aktiviti melaksanakan consent melalui aplikasi MyStudent / Student Portal / UFuture bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB oleh pelajar UiTM di bawah program Kad Prihatin Siswa telah dibuka semula pada 10 Februari 2023.
Maklumat pelajar UiTM yang telah memberi consent bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB telah/akan dihantar kepada pihak bank RHB bagi tujuan pembukaan akaun bank tersebut oleh pihak bank RHB. Jika pembukaan akaun tersebut berjaya dibuat oleh pihak bank RHB, pelajar UiTM akan menerima SMS dan Emel daripada pihak bank RHB berkaitan kejayaan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.
Maklumat pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my) akan dihantar kepada pihak bank RHB bagi tujuan cetakan Kad Prihatin Siswa oleh pihak bank RHB. Cetakan Kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak bank RHB sekiranya pelajar UiTM telah memuat naik gambar masing-masing di sistem UCMS.
Pelajar UiTM (selain sesi Mac 2023) di dalam kelompok perkara (1.) dan (2.) di atas akan mendapatkan Kad Prihatin Siswa di kampus UiTM masing-masing.
Kad Prihatin Siswa bagi pelajar UiTM kemasukan sesi Mac 2023 akan dicetak oleh pihak UiTM dan diagihkan kepada pelajar di kampus UiTM masing-masing sebaik sahaja semester Mac 2023 bermula.
Pihak bank RHB akan hadir di kampus-kampus UiTM bagi mengaktifkan Kad Prihatin Siswa dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan Kad Prihatin Siswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM.
Nota :
Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB atau mendapatkan Kad Prihatin Siswa UiTM. Semua urusan pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB dan mendapatkan kad Prihatin Siswa HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja.
PEMAKLUMAN PENTING
Mohon semua pelajar UiTM yang masih BELUM pernah memuat naik gambar pelajar atau TIADA gambar pelajar di sistem UCMS, sila berbuat demikian di https://kad.uitm.edu.my dengan memilih pilihan menu Upload Photo.
Cetakan kad Prihatin Siswa UiTM TIDAK BOLEH dibuat sekiranya gambar pelajar masih tiada atau belum dimuat naik ke dalam sistem tersebut.
Kepada pelajar UiTM yang telah memuat naik gambar di sistem UCMS, TERIMA KASIH pihak kami ucapkan. Jika ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkara ini, sila isikan aduan di https://units.uitm.edu.my dengan memilih Category : Operasi - Kad Pelajar/Staf.
NOTA:
Menu Upload Photo di dalam sistem https://kad.uitm.edu.my HANYA akan dipaparkan sekiranya pelajar UiTM BELUM memuat naik gambar atau TIADA gambar pelajar.