TUNTUTAN KAD PRIHATIN SISWA
TUNTUTAN KAD PRIHATIN SISWA
A. Pelajar LAMA UiTM Shah Alam (bukan intake Mac & Oktober 2023)
Pelajar lama UiTM Shah Alam yang tidak berkesempatan untuk hadir menuntut kad Prihatin Siswa di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) pada 27 Mac - 4 April 2023 boleh menuntut kad tersebut di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Pengajian/Fakulti masing-masing di UiTM Shah Alam.
Pautan semakan senarai pelajar lama UiTM Shah Alam yang perlu hadir untuk tuntutan kad Prihatin Siswa di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Pengajian/Fakulti di UiTM Shah Alam adalah seperti berikut :
Nota :
Hanya nama pelajar lama kampus UiTM Shah Alam yang ada di dalam senarai link di atas sahaja yang perlu menghadirkan diri ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Pengajian/Fakulti masing-masing untuk menuntut kad Prihatin Siswa. Wakil pelajar adalah tidak dibenarkan untuk mengambil kad Prihatin Siswa.
Pelajar lama perlu hadir ke kaunter Seksyen Kad UiTM, Tingkat 6, Menara SAAS, UiTM Shah Alam bagi mendapatkan kad Prihatin Siswa yang baharu.
Pelajar perlu membawa kad Prihatin Siswa yang baharu tersebut ke mana-mana cawangan bank RHB berdekatan untuk pengaktifan akaun Simpanan I-PRO yang telah dibuka.
Pelajar lama UiTM Shah Alam yang tiada di dalam senarai di atas tidak perlu hadir ke Kolej Pengajian/Fakulti di UiTM Shah Alam. Sesi agihan/tuntutan kad Prihatin Siswa kepada pelajar lama UiTM Shah Alam yang tiada di dalam senarai di atas akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik di Kolej Pengajian/Fakulti masing-masing.
B. Pelajar BAHARU UiTM Shah Alam (intake Oktober 2023)
Sila tuntut kad Prihatin Siswa di Bahagian Hal Ehwal Akademik di Kolej Pengajian/Fakulti masing-masing dan mengaktifkan kad tersebut di mana-mana cawangan bank RHB jika telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro RHB.
C. Pelajar BAHARU dan LAMA selain kampus UiTM Shah Alam
Sila rujuk dan membuat semakan atau tuntutan KPS yang telah dicetak di Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus masing-masing.