Semakan Akaun Simpanan iPro RHB


Pelajar UiTM boleh menyemak jenis reka bentuk Kad MySiswa yang dipaparkan di dalam sistem/aplikasi My Student pada menu Kad Digital (seperti tangkap layar di atas👆) bagi penentuan kewujudan akaun Simpanan iPro yang telah dibuka oleh pihak bank RHB.

Pelajar UiTM yang telah dibukakan akaun Simpanan iPro RHB akan mempunyai reka bentuk Kad MySiswa yang mempunyai gambar cip elektronik manakala yang tidak mempunyai gambar cip elektronik adalah dikategorikan belum mempunyai akaun tersebut.

Senario di bawah adalah menunjukkan paparan reka bentuk Kad MySiswa yang tidak mempunyai gambar cip elektronik :

i. Proses pembukaan akaun Simpanan iPro RHB masih di dalam tindakan oleh pihak bank RHB.

Nota: Pelajar UiTM yang telah berjaya dibukakan akaun Simpanan iPro RHB akan mendapat sms dan emel yang berkaitan daripada pihak bank RHB.

ii. Aktiviti consent pembukaan akaun Simpanan iPro RHB belum/tidak pernah dibuat oleh pelajar UiTM dan aktiviti consent ini boleh dibuat melalui menu Kad Prihatin di aplikasi/sistem My Student.

Nota: Pelajar UiTM khususnya di bawah kategori pinjaman PTPTN perlu membuka akaun ini dengan kadar segera kerana saluran bayaran PTPTN akan hanya dibuat melalui akaun Simpanan iPro RHB mulai September/Oktober 2023.

Maklumat pada skrin ini telah dikemaskini pada 24 Mac 2024.