KAD PRIHATIN SISWA (KPS)
Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.
Objektif
Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.
Faedah
i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif kad Prihatin Siswa.
ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
iii. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UiTM perlu menggantikan kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.
Nota : Layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html bagi perincian faedah yang ditawarkan oleh pihak RHB melalui inisiatif akaun Simpanan-i Pro di bawah inisiatif kad Prihatin Siswa.
Pelaksanaan
A. Pelajar Baharu UiTM
Kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UiTM mulai Julai 2023 dan kemasukan seterusnya, semua pelajar baharu UiTM perlu membuka akaun Simpanan I-Pro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu UiTM.
Klik tatacara pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
Cetakan kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar baharu UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS(kad.uitm.edu.my).
Pelajar baharu UiTM perlu menuntut atau mendapatkan kad Prihatin Siswa di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad Prihatin Siswa dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan kad Prihatin Siswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM.
B. Pelajar Lama UiTM
Maklumat pelajar UiTM yang telah memberi consent bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB akan dihantar kepada pihak bank RHB bagi tujuan pembukaan akaun bank tersebut oleh pihak bank RHB. Jika pembukaan akaun tersebut berjaya dibuat oleh pihak bank RHB, pelajar UiTM akan menerima sms dan emel daripada pihak bank RHB berkaitan kejayaan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.
Nota : Aktiviti melaksanakan consent boleh dibuat melalui aplikasi/sistem MyStudent / UFuture / Student Portal.
Cetakan kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS(kad.uitm.edu.my).
Pelajar UiTM perlu menuntut atau mendapatkan kad Prihatin Siswa di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk di https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa
Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan kad Prihatin Siswa dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan kad Prihatin Siswa yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM.
Walaubagaimanapun, pelajar UiTM kategori di bawah boleh hadir ke mana-mana cawangan bank RHB untuk mengaktifkan kad Prihatin Siswa dengan membawa kad pengenalan :
i. Telah mendapat/menuntut kad fizikal Prihatin Siswa di dalam kampus UiTM.
ii. Telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.
Nota :
Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi mendapatkan/menuntut kad Prihatin Siswa UiTM. Semua urusan cetakan dan tuntutan kad Prihatin Siswa UiTM oleh pelajar UiTM HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja. Sila rujuk https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa